Tuesday, September 13, 2011

Vokal Bukan Sekadar Rupa



Program realiti popular terbitan TV3, Mentor dan Gangstarz telah melahirkan bakat-bakat baru seperti Black, Mohd, Salma dan One Nation Emcees. Tapi sejauh mana mereka dapat bertahan dalam industri. Ada yang jadi artis mee segera, cepat popular & kaya raya tapi cepat pula jatuh macam nangka. Persoalannya sejauh mana bakat yang ada dalam artis kita dapat membawa mereka setaraf dengan artis terkenal yang lama bertahan. Apakah pakej yang ada, suara best dan muka cun melecun pun tak cukup? Ada setengah orang, ada bakat yang meletup giler tapi tak dapat peluang sebab muka tak cantik, wajah tak kacak dan personaliti tak menarik katanya. Jadi kemana mereka ni nak mengadu nasib?

Sentiasa tampil dengan program yang belum dipertonton di industri tempatan, TV3 dengarnya akan memperkenalkan program realiti baru Vokal… Bukan Sekadar Rupa yang memberi peluang kedua kepada mereka yang dikurniakan bakat nyanyian luar biasa tetapi tidak mempunyai muka komersil untuk bergelar artis.

Jadi kepada pembaca kat luar sana yang rasa mereka ada bakat tapi selalu dikatakan tidak ada pakej, rasanya program ini satu peluang untuk anda. Budiey dengar dan tengok sendiri promo Vokal Bukan Sekadar Rupa yang menampilkan pengacara Faizal Ismail sebagai hos dah pun keluar di TV3 ini akan mengadakan sesi ujibakat tak lama lagi.

Kepada yang berminat, bolehlah datang ke sesi ujibakat Vokal Bukan Sekadar Rupa yang akan diadakan pada 23 & 24 September dan 1 & 2 Oktober ini di Sri Pentas, Bandar Utama, pada jam 10 pagi hingga 4 petang. Syarat penyertaan, anda hendaklah warganegara Malaysia yang sah, berumur 18-28 tahun, sila bawa minus one sendiri dan bawa gambar anda berukuran 4R.

MJ ada terbaca komen yang mengatakan program terbaru ini ada mengguna pakai idea dari program yang disiarkan di AXN sekarang ini iaitu The Voice. Samada betul atau tidak, kita kena tonton dulu episod pertama program ini nanti.

Vokal… Bukan Sekadar Rupa mengutamakan kualiti vokal daripada rupa paras dalam menentukan 10 peserta yang layak berentap di konsert mingguan. Para peserta juga akan diberikan bimbingan dan motivasi daripada barisan penasihat yang berwibawa.

Juri tetap untuk program ini ialah Azmeer dan Erra Fazira. Selebihnya, kita nantikan pengumuman di masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons