Sunday, October 16, 2011

Dua Artis Jelita Bergaduh Kerana Gambit Saifullah?


Hanya kerana seorang lelaki, dua artis muda jelita ‘berperang’ sehingga mencetus kontroversi menggemparkan di lapangan dunia hiburan tanahair baru-baru ini.

Pengarah video klip kontroversi, Gambit Saifullah, dikatakan menjadi punca perselisihan faham antara pelakon, Julia Ziegler, dan pendatang baru, Sharifah Nurul Sakinah, yang juga merupakan adik kepada pelakon, Sharifah Shahira.

Pada awalnya, Sharifah Sakinah yang berkawan rapat dengan Gambit telah didesak oleh pengarah video klip ‘Marilah’ itu untuk bercerita tentang diri Julia dan membuatkan dia membuka mulut mengenai beberapa perkara lama yang kurang enak di dengar.

“Saya geram gila sebab dia terus tanya saya pasal Julia, saya tak ada niat nak buat cerita atau fitnah terhadap Julia… dia yang desak saya supaya beritahu apa yang saya tahu tentang Julia.

“Saya tak tahu kenapa dia tanya saya dan pelik kenapa dia tak nak tanya Julia sendiri, Gambit tanya banyak kali sampai saya kena fikir dan korek apa cerita yang saya pernah dengar tentang Julia,”

Cerita buruk yang pernah tersebar mengatakan bahawa Julia pernah tidur dengan seorang krew produksi pergambaran jelas menjejaskan reputasi aktress filem ‘Jangan Tegur’ itu dan menyebabkannya tampil untuk menafikan dakwaan tersebut melalui media.

“Saya dah jemu dan letih dengan keadaan sekarang ni. Mereka memburuk-burukkan saya pada orang lain, bukankah itu fitnah? Dan fitnah lebih teruk dari membunuh, sekarang pun saya rasa seperti sudah mati,” kata Julia.

Cerita panas tersebut membuatkan Julia menuduh pengacara dan pelakon terkenal, Didie Alias, yang bertanggungjawab menyebar fitnah tersebut serta mendesak supaya dia membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya pada September lalu.

“Saya memang sengaja memberi peringatan kepadanya (Didie) agar tidak terus membesarkan cerita ini walaupun dia lebih senior dalam dunia hiburan tapi saya mahu dia menghormati saya,” katanya kepada media Mstar.

Bagaimanapun, Didie yang merupakan Pengurus Produksi drama tersebut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Julia itu melalui media yang sama.

Ekoran tindakan Sharifah Sakinah yang membuka kembali ‘luka’ itu dengan menceritakannya kepada Gambit telah menyebabkan kakaknya, Sharifah Shahira, telah diserang pula oleh Julia pada majlis resepsi perkahwinan Norman-Memey yang berlangsung baru-baru ini.

“Saya sebenarnya tidak tahu menahu pada awal’nya punca dia tiba tiba datang kepada saya dan mula meroyan.. Saya cuba bercakap untuk tenangkan diri dia tetapi entah, dia terus bercakap yang bukan bukan.

“Ya, dia ada cakap yang kami ini keturunan jahat. Tidak mengapa lagipun mulut saya kan celuar dan laju. Tidak mengapalah, saya minta maaf dengan dia di’situ juga,” kata kakak Sharifah Shahira yang dipetik dari blog hiburan, Rotikaya.com.

Kejadian tersebut telah menyebabkan kontroversi dua bulan lalu ‘menyala’ kembali dan gossip mengenai cinta tiga segi di antara Sharifah Sakinah, Gambit Saifullah dan Julia Ziegler memanaskan lagi suasana di blog-blog hiburan tanahair.

Menurut Sharifah Shahira, dia diserang oleh Julia kerana cemburu melihat hubungan rapat yang terjalin antara adiknya dengan Gambit, manakala Julia pula dikatakan menaruh hati kepada pengarah yang pernah memaki hamun peminat dan blog-blog hiburan berhubung kontroversi video klip ‘Marilah’ itu.

Bagaimanapun, Julia dilaporkan telah meminta maaf kepada Sharifah Shahira atas ketelanjurannya di ‘majlis orang’ malam itu setelah diarahkan oleh Gambit untuk berbuat demikian.

Terkini, Sharifah Sakinah yang sebelum ini mengambil pendirian berdiam diri, telah tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Menurutnya, dia mula berkawan rapat dengan Gambit pada Julai lalu dan didesak oleh pengarah muda itu untuk menceritakan apa saja yang dia tahu tentang Julia kepadanya.

Ekoran tidak tahan didesak sebegitu, Sharifah Sakinah yang masih baru dalam dunia hiburan merasa tertekan dan menceritakan tentang segala yang dia tahu mengenai Julia kepada Gambit.

Bagaimanapun, tindakan Sharifah Sakinah itu menimbulkan kemarahan Julia kepadanya kerana dia dikatakan turut menaruh hati Gambit dan tidak mahu ‘jejaka yang bertakhta dihati’nya itu mengetahui kisah buruk mengenainya.

“Saya pun tak tahu kenapa Julia nak marah sangat…Jika dia cemburu kepada saya, Gambit sendiri cakap dia tak bercinta dengan Julia..Saya tak faham, pasal seorang lelaki, habis semua orang dia nak marah.

“Apa-apapun, saya mengakui kesilapan saya kerana bercerita tentang hal orang lain. Cuma lepas ini, saya dah tak boleh nak percaya siapa-siapa lagi,”

Sharifah turut mengakui kesilapannya dan menegaskan bahawa dia sudah hilang kepercayaan pada Gambit.

“Bagi saya semua orang tahu benda yang sebenarnya. Salah saya sendiri dan saya belajar dari kesilapan. Lepas ini saya kena pandai pilih kawan dan apa yang saya boleh katakan, kepercayaan saya pada Gambit dah tak ada,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Gambit enggan mengulas mengenai kenyataan Sharifah Sakinah dan menyifatkan bahawa di dalam dunia sememangnya wujud golongan wanita yang celupar.

“Saya malas nak layan kontroversi ini. Memang dalam dunia ada perempuan yang mulut kecoh. Mungkin dia nak kejar populariti, suka hati dia lah nak cakap apa,” jelas pelakon utama Karipap-Karipap Cinta itu.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons