
Zizan yang sebelum ini telah berlakon dalam filem dari syarikat dari Jepun iaitu Sedic Entertainment kini diminati beberapa Pengarah Filem dari negara matahari terbit tersebut.
“Memang mereka ada memberitahu untuk membawa saya berlakon di Jepun lagi selepas ini tetapi semuanya belum mempunyai keputusan." Kata Zizan.

“Mereka mula mengenali saya selepas menonton lakonan saya dalam filem “KL Gangster” dan seterusnya melamar saya untuk berlakon dalam filem melibatkan tiga negara iaitu Malaysia, Jepun dan China itu.
“Ini merupakan projek pertama saya dengan syarikat produksi dari luar negara. Filem ini dijangka akan ditayangkan di negara ini, Jepun dan China,” katanya lanjut.
Filem ini mengenai Yukari (Kitano Kii) yang merupakan guru bahasa Jepun berhijrah ke Malaysia. Bagaimanapun, dia telah berpura-pura mencintai Cikgu Rahman (Zizan) kerana sudah mempunyai teman lelaki.
Bagi menunjukkan yang mereka sedang bercinta, Yukari menjadikan Cikgu Rahman sebagai alat untuk mengaburi mata orang lain.
0 comments:
Post a Comment