Sudah tiba masanya untuk penggiat muzik dan peminat hiburan sedar bahawa zaman sudah lama berubah dan syarikat rakaman tidak lagi punya kawalan penuh atas bakat yang wajar ditampilkan.
Semasa sidang akhbar mengumumkan pengacara bersama dan artis yang bakal membuat persembahan, kami agak teruja mendengar nama Greyson Chance yang disebut bakal hadir ke Kuala Lumpur untuk AIM 18.
Nama Najwa Latiff mungkin tidak perlu kami perkenalkan lagi — menerima lebih 3 juta tontonan di Youtube untuk video klip rasmi Cinta Muka Buku, penyanyi muda ini memang bintang Youtube sejati Malaysia.
Greyson Chance mungkin nama yang sedikit asing namun nama bakat berusia 14 tahun ini mula disebut sebut apabila berjaya menyadur lagu popular Lady Gaga berjudul Paparazzi dengan gaya tersendiri.
Video nyanyian Greyson Chance itu berjaya menerima lebih 43 juta tontonan di Youtube dan muncul di rancangan bual bicara Ellen DeGeneres sebelum diterima sebagai artis rakaman secara rasmi.
Untuk persembahan di AIM 18, Najwa Latiff dan Greyson Chance bakal berduet bersama dalam satu segmen persembahan khas yang pihak penganjur adakan untuk menghargai dua bakat muda ini.
0 comments:
Post a Comment