Monday, October 10, 2011

Yuna Tersenarai Dalam 10 Finalis Terakhir MTV Iggy Best New Band 2011



Awesome! Yuna tersenarai dalam 10 finalis terakhir untuk anugerah “MTV Iggy Best New Band 2011“.

Untuk pengetahuan semua, MTV Iggy adalah portal hiburan mengenai muzik yang bekerjasama dengan MTV. Di portal ini, terdapat banyak maklumat dan info-info terbaru mengenai artis dan penyanyi kegemaran anda. Bermula tahun lepas, MTV Iggy telah mewujudkan satu anugerah pencarian penyanyi atau penyanyi berkumpulan baru di seluruh dunia yang sedang meningkat naik. Edisi 2010 telah diungguli oleh Bomba Estereo yang berasal dari Colombia.

Edisi kali ini, Yuna yang pernah di-featured-kan di Billboard.com, telah dipilih untuk menjadi 10 finalis terakhir bersama-sama Angus & Julia Stone (Aus), Atif Aslam (Pakistan), Ghostpoet (UK), Gyptian (Jamaica), La Vida Boheme (Venezuela), Skrillex (US), Ximena Sarinana (Mexico), Zowie (NZ) dan 2NE1 (South Korea).

Tersenarai bersama artis-artis lain di seluruh dunia, pencalonan ini bakal menjadi satu platform pada Yuna untuk terus berkembang dan maju dalam industri muzik. Seiring dengan itu, Yuna bakal membawa nama Malaysia dan memberikan satu pandangan baru di mata dunia.

Untuk memastikan kita menyokong Yuna, anda boleh masuk ke portal MTVIggy.com dan klik banner Yuna, kemudian sila berikan 5 bintang untuk undian anda. Pemenang akan diumumkan melalui undian yang terbanyak dan jangan risau, masih ada 5 minggu lagi dari sekarang sebelum MTVIggy mengumumkan siapa yang layak menjadi “MTV Iggy Best New Band 2011″!

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons