Friday, October 21, 2011

Fesyen Rambut Terbaru Fazley Yaakob


Seronok juga kadangkala melihat peminat hiburan Malaysia melatah dengan sekecil kecil perkara — seperti fesyen rambut baru penyanyi Fazley Yaakob.

Malam tadi, Fazley Yaakob bersama ibunya dijemput ke siaran langsung program televisyen bertajuk Semanis Kurma untuk berkongsi kisah hubungan baik mereka berdua sebagai ibu dan anak.

Selain peminat hiburan yang tersentuh dengan betapa akrabnya hubungan mereka berdua, ada peminat lain yang cuba mempertikaikan fesyen rambut terkini Fazley Yaakob.

Sebuah forum hiburan terkenal Malaysia kini dihujani dengan pelbagai komen dari yang menyokong sehinggalah yang tidak bersetuju dengan gaya rambut ala Reshmonu ini.

Ketika artikel ringkas ini ditulis pun, Fazley Yaakob masih mesra melayan peminat yang menegur fesyen rambut berani beliau di Twitter. Awesome celebrity is awesome.

Menurut maklumat terhad yang kami terima, fesyen rambut yang dikenakan oleh Fazley Yaakob ini hanya bersifat sementara dan jika anda mahu lihat lebih dekat, hadirkan diri ke #OctTwtFest Sabtu ini di Shah Alam.

Fazley Yaakob akan membuat persembahan khas untuk para hadirin dan dengarnya beliau akan mendendangkan sebuah lagu baru yang pertama kali diperdengarkan kepada umum. Jom!

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons