Monday, October 17, 2011

Sepahtu Takkan Terima Mamat Lagi

Kontroversi yang melanda antara ketiga-tiga anggota Juara Maharajalawak, Sepah, masih lagi hangat diperkatakan apabila Jepp dan Shuib tekad untuk tidak lagi menerima Mamat menjadi sebahagian dari anggota kumpulan yang baru ditubuhkan mereka, Sepahtu.

Jepp dan Shuib menegaskan bahawa mereka sudah serik dengan pelbagai kontroversi yang ditimbulkan oleh Mamat di mana ia turut menjejaskan nama kumpulan Sepah.

“Pun begitu, untuk menerima Mamat semula, rasanya tidak kerana kami tidak mahu dikaitkan dengan kontroversi dirinya,” kata Jepp.

“Selama ini saya jaga nama Sepah, tapi disebabkan dia, nama kami terpalit, jadi saya rasa tidak adil. Orang menulis di Facebook saya, setiap kali jumpa orang, mereka bertanya, kenapa Mamat jadi begitu, jadi saya malu,” kata Shuib pula.

Menegaskan perkara tersebut, Jepp berkata kontroversi yang melanda Mamat telah menjejaskan nama kumpulan Sepah dan merugikan kumpulan Juara Maharajalawak tersebut.

“Saya tidak mahu nama Sepah dipalit pelbagai kontroversi. Yang membawa nama Sepah ni kami bertiga, jadi apabila ada kontroversi, saya dan Shuib yang tak ada kena mengena pun terkena tempiasnya.

“Saya nak buat nama Sepah tu jadi besar dan bersih daripada kontroversi kerana kami orang kampung, tak tahu apa-apa. Kontroversi dicetuskan mengaibkan kami, menenggelamkan nama Sepah,” kata Jepp.

Menurut mereka berdua, ekoran tidak tahan dengan kontroversi yang berpunca dari Mamat menyebabkan mereka menarik diri dari kumpulan Sepah dan menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama, Sepahtu.

“Kami tak mahu disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya bersama Shuib cuba mempelbagaikan bakat yang diberi, tiba-tiba apabila baca akhbar keesokan hari, kami ni yang tak tahu apa-apa, disajikan dengan cerita Mamat dengan Adda, dengan Fida.

“Kontroversi itu tidak membabitkan Mamat seorang diri, tapi tempias terkena kepada nama Sepah,” katanya lagi.

Shuib pula menjelaskan bahawa dia sering menasihati Mamat untuk berubah dan pandai menjaga diri dari terlibat dengan kontroversi yang mengaibkan kumpulan tersebut sebelum ini, namun ia disifat bagaikan ‘mencurah air di daun keladi’.

“Saya pantang apabila nama Sepah dikaitkan dengan benda-benda tak elok. Ketika saya bersama isteri (Siti Sarah), saya jaga nama Sepah supaya tak keluar cerita negatif.

“Selagi belum jadi (tak kahwin), saya tak bercerita dengan orang. Apabila dah pasti, barulah seronok bercerita. Bagi saya, cerita peribadi, tetap peribadi, simpan untuk diri sendiri.

“Ini kau (Mamat), belum apa-apa beriya-iya cerita di Facebook. Saya tegur dia banyak kali sehingga kami pernah bertekak. Tapi, apa saja dinasihatkan itu, umpama mencurah air ke daun keladi, saya bengang!

“Sampai satu peringkat, saya malas nak tegur sebab dah ke ‘laut’. Apabila sampai ke tahap kontroversi yang tidak diperlukan, saya bosan apabila orang sekeliling menyindir!,” jelas Shuib panjang lebar.

Mengulas mengenai perkembangan yang sama, Mamat yang dihubungi memberitahu bahawa dia tidak tahu tentang mengapa dirinya disisihkan oleh kedua bekas sahabatnya itu dan enggan mengambil tahu mengenai perkara itu.

“Saya tak tahu apa motif dan saya tak mahu tahu. Malah saya tak mahu membaca apa juga kenyataan yang tertera di media baik di televisyen mahupun akhbar. Terus terang saya sanggup nak tengok dan baca. Saya istigfar banyak-banyak dan anggap apa yang berlakuini sebagai dugaan untuk menguatkan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Mamat yakin masih mampu bertahan untuk bergerak secara solo dan percaya bahawa kumpulan Sepah masih ‘wujud’ ekoran nama kumpulan Sepahtu yang dicipta berasaskan nama asal kumpulan mereka bertiga.

“Insya Allah, tanpa mereka saya yakin boleh bergerak solo. Biarlah mereka mahu bergerak bersama Sepahtu, tapi bagi saya Sepah masih ada. Mereka bergerak berdua pun masih menggunakan nama Sepah bukan? Maka jelaslah mereka juga masih mengharapkan tuah nama Sepah itu sendiri. Bagi saya, Sepah itu dah membawa makna yang cukup besar dalam hidup saya,” katanya lagi.

Satu emel diterima yang menceritakan mengenai nasib Mamat yang dikatakan telah menjadi mangsa konsiprasi pihak tertentu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan emel tersebut yang diperoleh dari seorang individu yang mengaku sebagai ‘abang’ kepada Mamat dan menyatakan pihak berkonspirasi itu berpakat dengan Adda untuk menjatuhkan adiknya.

“MG MSLH NI DH LAMA TP JEP MG PANDAI TTP SLH DIA SBB MAMAT XSUKA KECOH2, KONSPIRASI NAK JATUHKN MAMAT DR DULU, TU YG MCM2 CETA KUAR KAT PAPER, LG SATU DIA BERGABUNG NGAN ADDA NK JATUHKN MAMAT..CKP LBIH2 NTI CKP Z BACKUP ADIK SNDIRI PLK TP Z DULU PA SEPAH JD TAU LA CETA YG BNR NURUL..XPE LA, DUNIA…” kata emel tersebut.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons