Monday, October 10, 2011

Mamat Masih Sayangkan Fida




Mamat tidak menafikan hatinya masih mencintai Fida biarpun kekasihnya itu telah menyatakan bahawa hubungan mereka telah putus di tengah jalan melalui media massa hujung minggu lalu.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Noor Murad, 26, bagaimanapun berkata dia redha dengan ketentuan Illahi andai hubungan intim yang mereka bina sejak kira-kira enam bulan lalu itu berakhir kerana kesilapan yang telah dilakukannya terhadap Fida.

“Saya akui kesilapan saya meletakkan gambar Fida yang tidak bertudung dalam laman sosial Facebook saya sewaktu kami bercuti bersama-sama baru-baru ini. Saya secara tidak sengaja termuat turun gambar itu hingga Fida mendapat kecaman banyak pihak.

“Bagaimanapun, setakat ini Fida tidak bersemuka dengan saya dan dia hanya meluahkan perasaannya itu kepada wartawan. Saya pun tidak sanggup membaca akhbar sejak seminggu kebelakangan ini yang banyak menyiarkan kisah kami yang putus cinta,” katanya.

Dia yang ditemui selepas pelancaran filem pertama lakonannya bersama Sepah bertajuk Sepah The Movie di Bukit Kiara Ekuestrian & Country Resorts di sini menambah, usaha telah dilakukannya termasuklah dengan cuba menghubungi melalui telefon bimbitnya.

Sayangnya, Fida atau Rafidah Ibrahim yang merupakan seorang pelakon baru tidak memberi maklum balas terhadap Mamat menyebabkan pelawak yang menjuarai pertandingan Maharaja Lawak bersama Sepah itu berasa begitu hampa.

“Fida melalui pengurusnya berkata, dia tidak mahu saya menghubunginya buat masa ini. Dia mahu menenangkan fikirannya dulu. Saya tidak dapat menghubunginya melalui telefon ataupun BBM (Blackberry Messenger). Dalam hal ini saya tidak mahu bertepuk sebelah tangan.

“Saya anggap ini mungkin hukuman Fida terhadap saya kerana memuat turun gambarnya yang tidak bertudung sewaktu percutian kami baru-baru ini. Biarpun dia sudah tidak sukakan saya tetapi saya masih sayangkan dia,”

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons