Monday, October 10, 2011

Chef Wan Kritik Resepsi Norman Dan Memey


Chef Wan meluahkan rasa kesalnya terhadap majlis resepsi perkahwinan pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang dikatakan bagaikan model di majlis mereka sendiri.

Selebriti terkenal itu berkata di laman Facebook miliknya, Chef Wan Fan Club, meskipun majlis yang menelan belanja sebanyak RM12 juta itu berlangsung dengan jayanya namun kedua pasangan pengantin baru itu hanya berperanan sebagai peragawan dan peragawati di majlis itu.


Selain itu, beliau yang merupakan antara 200 tetamu terpilih majlis berkenaan turut menyifatkan gaun yang dipakai Memey seolah-olah baru keluar dari mesin basuh serta tidak sepadan dengan kos tajaan majlis yang sangat mahal itu.

Menurut Chef Wan lagi, ramai media yang hadir di majlis itu memberikan reaksi negatif terhadap lagu-lagu gereja yang dinyanyikan, malah tiada doa selamat pun dibuat sedangkan majlis itu merupakan majlis perkahwinan pasangan Islam.

“Ramai Press tak suka Choir yg menyanyikan lagu2 gereja kawin ni kata mereka sedangkan ini Wedding org islam satu doa selamat pun tak buat and tema pulak Blacktie and evening dress glam habis.

“I am not sure about the choir song gereja ni even though i heard because i sendiri tak tahu apa itu song gereja for wedding. That what the press upset about. Aiyo mesti controversial lepas ni lah. Kita baca la media nanti,” tambahnya lagi.

Chef Wan menyimpulkan bahawa majlis tersebut bukanlah merupakan majlis perkahwinan Norman dan Memey, namun ia lebih kepada majlis keramaian Rafflesia bertujuan untuk mempromosikan barangan kemas mereka dan ‘menenggelamkan’ pasangan itu.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons