Friday, October 21, 2011

Justin Bieber Rancang Filem Kedua


Selepas kejayaan filem Justin Bieber: Never Say Never, artis kelahiran Canada yang popular di Amerika Syarikat ini merancang kembali dengan filem terbaharu.

Filem Justin Bieber: Never Say Never yang diterbitkan dalam bentuk dokumentari telah mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya. Disebabkan itu juga Justin sedang merancang sebuah filem tentang dirinya pada tahun depan.

"Saya harap musim panas tahun depan saya boleh menyiapkan sebuah filem kerana semuanya sudah bersedia dan hanya menanti jadual saya sahaja untuk penggambaran," ujarnya seperti dipetik daripada Splashnews.com.

Bagaimanapun, kata Bieber dia lebih mengutamakan konsert jelajah bagi promosi album terbarunya dalam masa terdekat ini terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang filem.

Sebelum ini, Bieber pernah memberitahu berminat untuk melakonkan watak komedi dan ingin berlakon bersama pelakon komedi Will Ferrell.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons