Saturday, October 15, 2011

"Rasa Sakit Kena Rogol” – Faralyna Idris.


“Kena pukul & sepak terajang sebelum dirogol beramai-ramai dalam satu babak untuk filem Klip 3gp merupakan satu pengalaman yang paling tidak boleh saya lupakan. Nasib baik pengarah filem, Aidil Fitri Mohamed Yunos banyak memberikan tunjuk ajar dan memberikan gambaran mengenai seorang wanita yang dalam kesakitan. Ia memudahkan saya untuk berimaginasi dan menghayati watak dengan lebih baik,” ujar Faralyna Idris yang ditemui di preview media filem Klip 3gp, di GSC Pavilion, kelmarin.

“Watak sebagai Sandra ini memang berat. Sebelum ini, banyak pengarah memberikan watak sebagai gadis kampung kepada saya. Namun, Klip 3gp telah mencabar saya untuk melakukan kelainan. Sebenarnya, saya pun berfikir 2 kali sebelum menerima watak ini. Setelah berbincang dengan pengarah on what DOs and DON’Ts, saya rasa lebih selesa,” tambah Faralyna lagi.

Faralyna turut menyatakan keinginannya untuk melakonkan watak jahat seperti KL Gangster.

“Selepas ini, saya teringin sangat nak melakonkan watak wanita brutal dan ganas. Kalau KL Gangster tampilkan pelakon lelaki, kenapa pelakon wanita tak boleh? Kalau ada peluang sebegitu, memang saya tak tolak,” ujar pelakon berusia 20 tahun ini.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons