Thursday, October 20, 2011

(GAMBAR) Pertunangan Ana Dahlia Dan Chef Riz


Kalau dilihat zaman sekarang ramai artis yang bertunang macam anak raja. Mengalahkan majlis kenduri kahwin. Bukan saja dikalangan artis malah orang ramai juga melakukannya apabila ingin bertunang. Trend seperti ini sudah mula menjalar dalam kehidupan masyarakat melayu zaman sekarang. Tiada kesederhanaan yang ditunjukkan seperti dituntut dalam agama kita.

Namun tidak bagi keluarga Datuk Redzuawan Ismail, atau lebih terkenal dengan panggilan Chef Wan apabila bijak mengatur majlis pertunangan anak lelaki beliau Chef Riz dan Ana Dahlia. Ini baru betul sebuah majlis pertunangan apabila orang lelaki tidak datang menunjukkan muka dan bergambar sana-sini. Majlis pertunangan ini elok jika hanya keluarga saja membuat kerja, yang lelakinya tunggu saja di rumah menanti keputusan.

Tertarik dengan majlis pertunangan Chef Riz dan Ana Dahlia, kami mendapatkan beberapa keping gambar sekitar majlis pertunangan Chef Riz dan Ana Dahlia daripada Jaggut Touch. Gambar-gambar yang telah siap di proses ini amat menarik perhatian kami.

Layan gambar sekitar majlis pertunangan Ana Dahlia dan Chef Riz selepas ini.










0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons