Monday, October 17, 2011

Mamat Sepah Lari Selepas Dapat Tawaran Lain



Selepas satu masalah, masalah lain pula ditimbulkan oleh Mamat Sepah, sebelum ini beliau mempunyai masalah dengan Adda, kemudian dengan rakan seperjuangan beliau Shuib dan Jepp dan juga kekasih baru Fida yang kini dikatakan telah berpisah kini masalah baru pula yang berlaku berkenaan beliau.

Terdapat berita baru yang kurang sedap didengar berkenaan Mamat Sepah yang kini baru sahaja di pinggirkan oleh kumpulan Sepah sendiri. Kini timbul pula berita yang Mamat telah memberi masalah besar kepada krew produksi penggambaran drama komedi kerana beliau lari dari menghadiri pengambaran dan dikatakan ianya berlaku setelah beliau menerima tawaran produksi lain yang bertempat di Sabah.

Oleh itu berlakunya masalah besar yang melibatkan produksi drama tersebut untuk mencari pelakon ganti dan semestinya tidak sesuai untuk digantikan oleh orang lain. Dikatakan drama tersebut sudah sampai ke penghujung pengambaran dan hanya tinggal beberapa babak penting yang perlu dilakonkan oleh Mamat. Ada sumber menyatakan bahawa berkemungkinan Mamat tidak selesa berlakon dengan bekas ahli Sepah iaitu Shuib.

Adoi Mamat ape nak jadi ko ni.. MJ rasa Mamat ni tak lama dalam industri kalau perangai macam ni. MJ memang x berkenan sgt ngan mamat ni, bahkan dalam Maharaja Lawak juga Mamat ni takde sumbang idea langsung untuk persembahan mingguan. Berubah Mamat untuk masa depan kau.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons