Monday, October 10, 2011
Dapatkan Album Inggeris Terbaru Dato Siti Nurhaliza ‘All Your Love’
9:08 PM
Unknown
No comments
Tahniah kepada Dato’ Siti Nurhaliza atas kelahiran album pertama beliau berbahasa Inggeris yang telah dilancarkan pada 26 September lalu. Album ‘All Your Love’ yang dilancarkan oleh What’s Up Entertainment milik Adib Khalid ini merupakan album studio Siti yang ke 15. Adib Khalid bertindak sebagai eksekutif penerbitan, manakala keseluruhan lagu yang dimuatkan dalam album ini merupakan hasil ciptaan komposer juga penerbit dari Australia, Bryan Bouro dan Christian Alexanda.
Bukan sahaja proses adunan serta mastering album telah dilakukan di beberapa buah studio di Australia dan Los Angeles, malah kolaborasi vokal antara Siti dan Sean Kingston menerusi lagu ‘Remember You’ turut menjadikan album ini cukup istimewa untuk dimiliki. Bukan senang bagi seseorang artis tempatan mendapat peluang berkolaborasi bersama artis antarabangsa seperti yang dilakukan oleh Siti. Oleh itu, peluang sebegini telah dimanfaatkan oleh Siti sepenuhnya. Kesungguhan Siti jelas diterjemahkan menerusi lagu ‘Remember You’, serta keseluruhan lagu yang termuat menerusi album ini.
‘Falling In Love’ merupakan single pertama yang dipertaruhkan pada 9 Julai yang lalu, di mana Siti telah menyanyikan lagu ini secara live di UiTM Shah Alam bersempena pelancaran produk kosmetik SimplySiti. Secara keseluruhan, album ini mengandungi 10 buah lagu. Antara lagu-lagu yang menarik untuk didengar adalah, ‘All Your Love’, ‘Tonight’, ‘Falling In Love’ dan ‘Remember You’ feat. Sean Kingston. ‘I Cry Out’ pula merupakan lagu balada yang sedikit meruntun emosi untuk didengarkan. Hampir keseluruhan lagu yang dimuatkan berentak pop, namun susunan muziknya telah diadun agar pendengar mendapat feel yang lebih segar. Lirik-lirik yang positif serta mudah untuk dicerna juga menjadikan album ini lebih mesra telinga untuk dilayan.
Tidak ada masalah sebutan yang perlu digembar-gemburkan sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh pendengar sejak kebelakangan ini. Siti merupakan seorang yang bersungguh dalam menjayakan sesebuah album. Malahan, sebutan bahasa inggerisnya melalui album ini turut dipantau oleh Alexanda dan Bouro bagi mengekalkan identiti ‘Voice of Asia’ seperti yang diinginkan oleh Siti sendiri. Anehnya, tiada siapa pun yang ingin mempertikaikan pekatnya loghat Afrika Sean Kingston selama beliau menyanyikan lagu Inggeris sehingga ke hari ini.
Dapatkan album istimewa ini dengan segera, atau anda juga boleh muat turun melalui www.sitidigital.com. Pastikan yang original serta teruskan menyokong pemuzik tempatan!
0 comments:
Post a Comment