Monday, October 10, 2011
Amanda Imani Seksi Di Resepsi Norman Dan Memey
10:20 PM
Unknown
No comments
Selepas Miera Liyana mencetuskan kontroversi dengan mengenakan pakaian yang memperlihatkan sebahagian dari buah dadanya, muncul pula seorang lagi artis baru yang tampil dengan pakaian menjolok mata di majlis resepsi perkahwinan Norman-Memey baru-baru ini.
Jika Miera Liyana sebelum ini mengenakan pakaian seksi tersebut di majlis Malam Gala ABP Rafflesia, Amanda Imani tidak mahu kalah dengan mengenakan pakaian yang mendedahkan sebahagian besar belakang tubuhnya di majlis yang juga ditaja oleh Rafflesia.
Tindakan Amanda Imani yang mengenakan pakaian seksi terlampau itu telah mencuit beberapa blog hiburan seperti Jiwang.org, Oh! Bulan untuk mempersoalkan tindakan penyanyi yang baru bertapak di persada seni tahahair pada tahun lalu.
Bagaimanapun, Amanda Imani mempertahankan pakaian yang dipakainya di majlis tersebut dengan menyifatkannya sebagai ‘tidak melampau’ dan bersesuaian dengan tema majlis resepsi pasangan konstroversi itu, Manhattan New York.
“Baju rekaan Wan Huzairil itu sebenarnya mengikut tema malam resepsi Norman Hakim & Memey Suhaiza. It’s a close red carpet event.
“Kebanyakan selebriti yang hadir pun turut mengayakan fesyen yang lebih kurang sama. Jadi, saya memang terkejut apabila fesyen yang saya gayakan menjadi perhatian pula.
“Saya tak akan pakai gaun yang keterlaluan sehingga menampak bahagian yang tidak sepatutnya. Saya perlu menjaga hati keluarga juga. Andai kata kalau ada acara yang mengikut tema, saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.
Selain itu, Amanda turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tidak senang dengan cara pemakaiannya itu dan berjanji akan memperbaikinya pada masa akan datang.
“Saya meminta maaf andai kata ada pihak yang terguris dengan cara pemakaian ini. Saya harap pihak berkenaan dapat memberikan kritikan yang membina agar saya dapat perbaiki diri ini di masa akan datang,” ujarnya lagi.
Selain Amanda, seorang lagi artis yang dikatakan berpakaian seksi di majlis resepsi tersebut ialah Yasmin Hani yang mengenakan pakaian ‘ala berkemban’.
Cara pemakaian Yasmin Hani yang seolah-olah berkemban itu turut dikritik oleh beberapa blog hiburan lain.
0 comments:
Post a Comment