Thursday, October 13, 2011
Penggodam Komputer Bintang Hollywood ditahan FBI
12:29 AM
Unknown
No comments
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menahan seorang penggodam komputer dari Florida kerana didakwa menggodam komputer bintang Hollywood antaranya Scarlett Johansson dan Christina Aguilera.
Christopher Chaney, 35, ditahan di Jacksonville, Florida selepas hasil penyiasatan selama 11 bulan mendapati 50 selebriti yang menjadi mangsa termasuk aktres Mila Kunis.
Komputer Aguilera digodam pada Disember lalu apabila gambarnya yang agak lucah tersebar di internet.
Sementara itu, telefon bimbit Kunis digodam pada September lalu dengan gambarnya termasuk satu di dalam tab mandi tersebar. – AFP
0 comments:
Post a Comment