Sunday, October 23, 2011

Kimora Lee Simmons Tiba Di Malaysia 4 Nov

Khabarnya model antarabangsa dan ahli perniagaan fesyen yang berjaya berdarah kacukan Jepun - Afrika, Kimora Lee Simmons, akan datang ke Kuala Lumpur, 4 November ini. Pemilik jenama Baby Phat itu menjadi terkenal di negara ini menerusi rancangan realiti hidupnya yang bersiaran di Astro.

Rancangan realiti itu, Live In The Fab Lane kini masuk musim keempat. Ia akan mula ditayangkan pada 1 November di saluran E!. Kami difahamkan inilah kali pertama ibu tiga anak itu datang ke sini dan dia dijangka berada di sini selama tiga hari. Tujuan Kimora ke sini untuk mempromosikan rancangannya itu dan juga saluran E!. Dengar cerita, beberapa negara Asia lain turut berminat untuk menjemputnya ke negara mereka tetapi akhirnya dia memilih Malaysia. Tahun lepas Mel B turut datang ke Asia tetapi bukannya di negara ini. Kami percaya ramai wanita dan ibu menjadikan Kimora idola mereka ingin bertemu dengannya. Tetapi seperti biasalah bukan senang hendak berjumpa dengan selebriti antarabangsa. Kawalannya sangat ketat dan banyak juga syaratnya.

Dia adalah ikon fesyen paling berjaya dan sentiasa mendapatkan apa yang dimahukannya.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons