Sunday, October 23, 2011

Video Kemalangan Membabitkan Marco Simoncelli, Colin Edwards Dan Valentino Rossi Di Litar Sepang


Untuk pengetahuan semua kami adalah antara jutaan peminat MotoGP di Malaysia yang tadi menyaksikan perlumbaan di Litar Sepang tghari tadi. Satu kejadian yg tak diingini telah berlaku dimana kemalangan yg boleh dikatakan teruk telah berlaku ketika perlumbaan baru memasuki pusingan kedua.

Ekoran kemalangan itu perlumbaan tersebut terpaksa dibatalkan dan mendapat reaksi yg kurang senang dari penyokong MotoGP di Malaysia. Bagi kami memang patut perlumbaan dibatalkan kerana kita harus memberi menghormati serta memberi ruang kepada medical staff untuk menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap Marco Simoncelli. Kami berharap beliau tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Colin Edwards dan Valentino Rossi juga terbabit dalam kemalangan tersebut. Lihat video ni bawah bagaimana kemalangan itu berlaku.



UPDATE: Berita baru kami terima Marco Simoncelli telah meninggal dunia akibat kecederaan yg parah.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons