Friday, October 21, 2011

Yasmin Hani Sekarang Isteri Kepada Sha’arin Blackrose


Dengan sekali lafaz, Yasmin Hani Richardson kini bergelar isteri kepada Sha’arin Mohammed Razali Wong setelah diijabkabulkan oleh Ustaz Abdullah Bin Hashim selaku jurunikah di Duchess Place Jalan Ampang, tepat jam 3:45 petang tadi.

Rombongan pihak pengantin lelaki telah membawa tujuh dulang hantaran yang disertakan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan duit hantaran sebanyak RM32000. Tujuh dulang hantaran tersebut ialah sebentuk cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.


Pihak Yasmin Hani membalas dengan sembilan dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran.

Kedua-dua mempelai telah memilih warna putih yang telah diilhamkan oleh Qamilla dan ditatarias oleh kenalan rapat pasangan pengantin yang dikenali Chot (Tengku Putra Iskandar Tengku Othman). Beliau juga dipertanggungjawabkan menatarias pasangan pengantin semasa persandingan nanti.

Singgahsana nikah yang serba indah ini telah direka dan diilhamkan oleh Prof. Mohd Ali atas keinginan dan kesepakatan kedua mempelai.




0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons