Monday, October 10, 2011

Kontroversi Rakaman Adegan Ghairah Filem 3GP



Pengarah filem berjudul 3GP, Aidil Fitri Mohamed Yunos tidak menafikan ada pihak tidak bertanggungjawab merakamkan adegan ghairah pelakon filem itu, Mimi sehingga ia disebarkan melalui Internet minggu lalu.

Menurut Aidil, rakaman adegan ghairah membabitkan Mimi dan Fikhree Bakar dalam filem terbitan Grand Brilliance itu bukan berdasarkan adegan yang diarahkannya tetapi ia versi yang ditokok tambah pihak tidak bertanggungjawab.

“Sebenarnya adegan ghairah yang dirakamkan itu bukan sewaktu penggambaran yang saya arahkan tetapi ia diambil menerusi telefon bimbit berdasarkan gambarnya yang kasar dan seperti belum digredkan dalam kualiti yang profesional.

“Adegan ghairah itu juga ditokok tambah di mana ia berbeza dengan adegan dalam 3GP seperti yang saya arahkan itu. Versi yang tersebar di Internet itu juga tidak sama dengan 3GP yang akan ditayangkan mulai Khamis ini,” ujarnya.

Pada masa sama, Aidil tidak menafikan perkara itu dilakukan oleh pihak-pihak tertentu tetapi dia enggan mengulas lanjut individu mana yang melakukannya dan terpulanglah kepada Grand Brilliance untuk menyiasatnya sendiri.

Minggu lalu heboh di Internet apabila sebuah adegan yang dikatakan menghairahkan antara Mimi yang juga anggota kumpulan One Nation Emcees itu dan Fikhree yang berlakon dalam 3GP telah menjadi bualan ramai.

3GP yang merupakan filem pertama arahan Aidil Fitri itu antara lain mengisahkan tentang beberapa kisah yang dijadikan sub-plot yang antara lain memaparkan kesan rakaman video adegan-adegan ghairah yang disebarkan di Internet.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons