Wednesday, October 19, 2011

Rashidi Ishak Terima Ijazah Dari Universiti Putra Malaysia (UPM)


Pelakon dan suami kepada Vanidah Imran telah berjaya menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi dari UPM baru-baru ini.

Rashidi terpaksa mengharungi jangkamasa yang panjang iaitu selama 7 tahun kerana sibuk dengan penggambaran.

“Pelbagai rintangan terpaksa saya lalui untuk menghabiskan pengajian ini kerana saya terpaksa tangguh dua semester disebabkan sibuk menjalani penggambaran drama dan filem,” katanya

Sebagai seorang artis, Rashidi Ishak ingin membuktikan pada dirinya dan keluarga bahawa dia masih mementingkan pelajaran dan kesibukan tidak menjadi alasan untuk lari dari bidang akademik.

“Meskipun saya mempunyai kerjaya tetapi ijazah ini adalah satu kepuasan buat diri saya, lagi pula saya mahu anak-anak saya tahu betapa pentingnya ilmu dan pelajaran,” ujar Rashidi bangga.

Rashidi turut bersyukur dan mahu sampai ke peringkat yang lebih tinggi.

“Insya-Allah, kini saya memasang impian untuk terus belajar di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Selain itu, pengacara Wanita Hari Ini turut menerima ijazah yang sama bersama Rashidi Ishak.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons