Sunday, October 16, 2011

Tiara Jacquelina Diugut Bunuh Gara-gara Batik


Hanya kerana poster teater The Secret Life of Nora, pelakon dan penerbit Tiara Jacquelina dan pelakon Aznil Haji Nawawi menerima ugutan bunuh. Semuanya kerana poster tersebut memaparkan Tiara, pemegang peranan utama sebagai Nora memakai kain batik dan berbaju kebaya di poster tersebut.

Pemilik akaun Twitter @ZicosIndo mendakwa pemakaian kain batik dan baju kebaya di poster tersebut sebagai cubaan untuk mencuri salah satu budaya Indonesia.

Ugutan tersebut yang diterima menerusi laman Twitter dari pemilik akaun @ZicosIndo berbunyi:


Turut menerima ugutan ialah Aznil, pelakon watak Mr.J Heart yang mana berbunyi:

“…but why do you claim the indonesian batik at #thesecretlifeofnora! I will kill u if u dt sto”

Selain Tiara & Aznil, turut menerima kata kejian oleh pemilik akaun Twitter tersebut ialah pelakon Adibah Noor, Ryan Silverman, Amy Search, Yuna dan beberapa lagi artis dari Malaysia secara rambang.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons