Thursday, October 13, 2011

Heliza Perjelas Kenyataan Mengenai Hudud



Penyanyi dan bekas pelajar Akademi Fantasia Heliza Helmi atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi memohon maaf atas kekeliruan mengenai kenyataan beliau berkenaan hukum hudud yang disiarkan di akhar Sinar Harian.

Katanya, beliau ingin menjelaskan cerita sebenar mengapa perkara ini terjadi kerana ada pihak menuduh beliau sanggup mempertikaikan hukum Tuhan.

“Tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran saya untuk mempersoalkan hukum ALLAH SWT. ALLAH mencipta kita, maka Dia tahu apa yang terbaik. Sebagai manusia biasa, siapalah saya untuk memberi komen mengenai hukum-NYA?”

Beliau yang dikecam berbagai pihak rentetan dari kenyataan beliau yang disiarkan di akhbar Sinar Harian mengenai hukum hudud yang berbunyi.

“Kalau nak laksanakan hukum hudud, banyak perkara yang perlu diberikan pertimbangan dan penilaiannya.

“Kita kena lihat keberkesanan hukum ini dalam kalangan masyarakat islam di Malaysia, mungkin di negara Arab ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dahulu lagi.

” Tetapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai tak dapat terima. Bagaimanapun, hukum hudud ditetapkan dalam agama islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini” katanya yang dipetik dari akhbar tersebut bertarikh 5 Oktober 2011 .

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mendapat pelbagai reaksi negatif daripada peminat beliau dan menyebabkan Heliza mengalami gangguan emosi.

“Apabila mendengar perkara itu, ia sedikit mengganggu emosi saya sehingga saya tidak boleh bekerja kerana asyik memikirkan perkara ini. Saya menangis apabila terfikir apa yang sudah saya lakukan, sedangkan pada hemat saya, saya bercakap mengikut pengetahuan saya sahaja.” tambahnya lagi.

Heliza mendakwa, beliau hanya mengatakan ‘no komen’ ketika ditanya mengenai hukum tersebut.

Tambahnya lagi, beliau tidak mahu memberi komen kerana sedar akan tahap ilmu yang beliau miliki malah menyarankan agar ia dirujuk kepada pakar,ulama dan orang bijak pandai untuk memberi pandangan.

“Saya seboleh-bolehnya tidak mahu memberi komen kerana sedar ilmu dimiliki tidak seberapa, malah saya ada menyarankan agar perkara ini dirujuk kepada pakar, ulama dan orang bijak pandai untuk mereka membuat pertimbangan. Ini kerana saya bukan orang yang berhak berbicara mengenai hal ini. Bagaimanapun, berlaku silap faham. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana saya faham pemahaman orang mungkin berbeza dengan apa yang saya sampaikan,” katanya.

Namun begitu Heliza menerima perkara yang berlaku ini secara positif dan mengganggap perkara ini tentu ada hikmah di sebaliknya.

“Saya tidak pernah berharap perkara ini terjadi sebegini, tetapi siapa tahu mungkin selepas ini lebih ramai yang mula sedar mengenai hukum hudud dan mendalaminya.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons