Thursday, October 13, 2011

Awie Sertai Pemuda UMNO?



UMNO akan menerima beberapa lagi artis terkemuka menyertai parti itu esok.

Antara artis tersebut adalah penyanyi dan pelakon popular tanah air, Ahmad Azhar Othman atau dikenali sebagai Awie.

Awie dan beberapa artis terkemuka tanah air terbabit dijadual menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO.

Majlis penyerahan borang keahlian tersebut dipercayai akan disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Majlis itu akan diadakan di Pejabat Pemuda, Menara Datuk Onn petang esok.

Media sebelum ini pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak.

Selepas itu pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng.

UMNO dah mula mengorak langkah dengan menarik selebriti tempatan untuk sama-sama berjuang membangunkan negara dan memancing undi.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons