Wednesday, October 19, 2011

Zee Avi Homecoming Tour 2011 Live Di Kuala Lumpur, Penang Dan Kuching


Seiring dengan pelancaran album Ghostbird ke seluruh dunia pada 30 Ogos 2011, Zee Avi akur dengan kehendak peminat Malaysia dan kini dia menghadiahkan satu kejutan buat anda iaitu siri jelajah konsert “Zee Avi Homecoming Tour 2011″. Zee Avi Homecoming Tour 2011 ini dibawa khas oleh penganjur, Livescape.

Zee Avi akan membuat persembahannya di 3 lokasi iaitu Kuala Lumpur di KL Live, Life Center (17 November 2011), Pulau Pinang (19 November 2011) dan Kuching di Damai Central, Damai Beach (26 November 2011).

Zee Avi yang berasal dari Serawak memang menarik untuk diperkatakan dan sememangnya tuah merupakan salah satu aspek dalam penentu kejayaan seseorang artis itu. Tidak disangka, pada September 2007, hanya dengan sebuah rakaman untuk seorang sahabat yang kebetulan tidak dapat menyaksikan persembahannya telah mengubah hidup Zee Avi yang kini berumur 25 tahun.

Memang tuah berpihak kepada beliau apabila dia menerima respons positif daripada pengunjung laman video, Youtube, ketika itu.

Zee Avi kemudiannya mencuri perhatian ramai menerusi sebuah lagu No Christmas For Me yang dimuatkan dalam album This Warm December: A Brushfire Holiday. Tarikh 19 Mei 2009 akan terus menjadi sejarah tersendiri buat Zee Avi apabila album pertamanya yang juga mengangkat namanya itu mula dipasarkan. Mempertaruhkan muzik akustik pop dan jazz itu, album Zee Avi telah membuka mata masyarakat antarabangsa bahawa anak kelahiran Malaysia juga memiliki bakat setanding dengan penyanyi antarabangsa.

Pihak penganjur, Livescape memaklumkan bahawa artis jemputan yang turut hadir bersama ialah Imran atau lebih dikenali sebagai Narmi, pemain dram kumpulan One Buck Short. Dikatakan, beliau akan membuat persembahan akustik secara live pada 3 malam tersebut.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons