Tuesday, October 11, 2011

Lady Gaga: 10 Album Lagi Baru Boleh Mengandung



Ramai di kalangan kita pasti meletakan keluarga sebagai matlamat paling tinggi dalam kehidupan.

Bagi Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta, keutamaan hidupnya agak berbeza kerana baginya, keluarga datang kemudian, karier nyanyiannya datang dahulu.

“Saya punyai naluri keibuan yang besar, tapi saya belum bersedia untuk hamil, mungkin suatu hari nanti, pastinya bukan sekarang,” ujar Gaga.

Artis yang suka menampilkan fesyen yang pelik itu mengaku ingin memiliki sebuah keluarga tapi bukan dalam waktu terdekat.

Lady Gaga berkata, sekarang ini biarlah beliau memuaskan diri dan para peminat dahulu sebelum menjadi seorang ibu.

“Peminat pasti marah, belum sempurna lagi apa yang saya buat.

“Paling tidak pun 10 album lagi sebelum melakukan sesuatu perkara seperti itu,” tambahnya.

Ketika ditanya mengenai pasangan hidup, Lady Gaga tidak suka membicarakan kisah cintanya namun dia menyatakan dia sangat bahagia dengan hidupnya sekarang.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons