Sunday, October 23, 2011

Video Kemalangan Membabitkan Marco Simoncelli, Colin Edwards Dan Valentino Rossi Di Litar Sepang

Untuk pengetahuan semua kami adalah antara jutaan peminat MotoGP di Malaysia yang tadi menyaksikan perlumbaan di Litar Sepang tghari tadi. Satu kejadian yg tak diingini telah berlaku dimana kemalangan yg boleh dikatakan teruk telah berlaku ketika perlumbaan baru memasuki pusingan kedua. Ekoran kemalangan itu perlumbaan tersebut terpaksa dibatalkan dan mendapat reaksi yg kurang senang dari penyokong MotoGP di Malaysia. Bagi kami memang patut perlumbaan dibatalkan kerana kita harus memberi menghormati serta memberi ruang kepada medical staff untuk menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap Marco Simoncelli. Kami berharap beliau tidak mengalami...

Kimora Lee Simmons Tiba Di Malaysia 4 Nov

Khabarnya model antarabangsa dan ahli perniagaan fesyen yang berjaya berdarah kacukan Jepun - Afrika, Kimora Lee Simmons, akan datang ke Kuala Lumpur, 4 November ini. Pemilik jenama Baby Phat itu menjadi terkenal di negara ini menerusi rancangan realiti hidupnya yang bersiaran di Astro.Rancangan realiti itu, Live In The Fab Lane kini masuk musim keempat. Ia akan mula ditayangkan pada 1 November di saluran E!. Kami difahamkan inilah kali pertama ibu tiga anak itu datang ke sini dan dia dijangka berada di sini selama tiga hari. Tujuan Kimora ke sini untuk mempromosikan rancangannya itu dan juga saluran E!. Dengar cerita, beberapa negara Asia lain...

Saturday, October 22, 2011

Tomok Dan Isteri Bakal Menimang Cahaya Mata

Penyanyi Tomok yang telah melangsungkan perkahwinan tidak lama dahulu telah mengumumkan bahawa isterinya Siti Rahayu Haji Abas atau lebih dikenali dengan Ayu telah mengandung. Tomok menyampaikan berita gembira tersebut melalui laman Twitter beliau sebentar tadi. Tahniah kami ucapkan kepada Tomok dan A...

Friday, October 21, 2011

Selalu Pulang Awal Kerana Si Kembar

Pengacara Nazril Idrus atau Nash berkata sejak menjadi bapa hampir enam bulan lalu, dia akan pulang ke rumah sebelum pukul lapan malam untuk menghabiskan masa bersama dua anak kembarnya Iman Lilly dan Tiara Rose dan isterinya, Sazzy Falak.Nash berkata, pengalaman menjadi bapa telah mengubah kehidupannya secara menyeluruh. Ia secara tidak langsung menjadikan dirinya sangat komited dan mengutamakan keluarga tercinta dalam apa juga perkara yang dilakukan.“Sejak menjadi bapa, tanggungjawab dan komitmen menjadi semakin besar. Saya akan pastikan pulang ke rumah pada pukul 8 malam setiap hari untuk meluangkan masa bersama anak kembar saya, Iman Lilly...

Justin Bieber Rancang Filem Kedua

Selepas kejayaan filem Justin Bieber: Never Say Never, artis kelahiran Canada yang popular di Amerika Syarikat ini merancang kembali dengan filem terbaharu.Filem Justin Bieber: Never Say Never yang diterbitkan dalam bentuk dokumentari telah mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya. Disebabkan itu juga Justin sedang merancang sebuah filem tentang dirinya pada tahun depan."Saya harap musim panas tahun depan saya boleh menyiapkan sebuah filem kerana semuanya sudah bersedia dan hanya menanti jadual saya sahaja untuk penggambaran," ujarnya seperti dipetik daripada Splashnews.com.Bagaimanapun, kata Bieber dia lebih mengutamakan konsert jelajah...

Najwa Latiff & Greyson Chance Bakal Membuat Persembahan Di Pentas Malam AIM 18

Sudah tiba masanya untuk penggiat muzik dan peminat hiburan sedar bahawa zaman sudah lama berubah dan syarikat rakaman tidak lagi punya kawalan penuh atas bakat yang wajar ditampilkan.Semasa sidang akhbar mengumumkan pengacara bersama dan artis yang bakal membuat persembahan, kami agak teruja mendengar nama Greyson Chance yang disebut bakal hadir ke Kuala Lumpur untuk AIM 18.Nama Najwa Latiff mungkin tidak perlu kami perkenalkan lagi — menerima lebih 3 juta tontonan di Youtube untuk video klip rasmi Cinta Muka Buku, penyanyi muda ini memang bintang Youtube sejati Malaysia.Greyson Chance mungkin nama yang sedikit asing namun nama bakat berusia...

Fesyen Rambut Terbaru Fazley Yaakob

Seronok juga kadangkala melihat peminat hiburan Malaysia melatah dengan sekecil kecil perkara — seperti fesyen rambut baru penyanyi Fazley Yaakob.Malam tadi, Fazley Yaakob bersama ibunya dijemput ke siaran langsung program televisyen bertajuk Semanis Kurma untuk berkongsi kisah hubungan baik mereka berdua sebagai ibu dan anak.Selain peminat hiburan yang tersentuh dengan betapa akrabnya hubungan mereka berdua, ada peminat lain yang cuba mempertikaikan fesyen rambut terkini Fazley Yaakob.Sebuah forum hiburan terkenal Malaysia kini dihujani dengan pelbagai komen dari yang menyokong sehinggalah yang tidak bersetuju dengan gaya rambut ala Reshmonu...

Yasmin Hani Sekarang Isteri Kepada Sha’arin Blackrose

Dengan sekali lafaz, Yasmin Hani Richardson kini bergelar isteri kepada Sha’arin Mohammed Razali Wong setelah diijabkabulkan oleh Ustaz Abdullah Bin Hashim selaku jurunikah di Duchess Place Jalan Ampang, tepat jam 3:45 petang tadi.Rombongan pihak pengantin lelaki telah membawa tujuh dulang hantaran yang disertakan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan duit hantaran sebanyak RM32000. Tujuh dulang hantaran tersebut ialah sebentuk cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.Pihak Yasmin Hani membalas dengan sembilan dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan,...

Thursday, October 20, 2011

Juliana Evans Mengaku Rapat Dengan Zizan Raja Lawak

Pada satu temu bual tidak lama dulu, dia pernah menyatakan belum bersedia untuk memikul watak berat memandangkan pengalaman lakonannya sendiri belum cukup mantap atau boleh dibanggakan.Namun, kenyataan yang diungkapkan itu tidak bererti Juliana Sophie Johari Evans, 22, tak endah sekiranya graf lakonannya hanya statik di takuk sama.sebelum selepasTentu saja dia mahukan peningkatan, cuma dia tidak mengharapkan proses perubahan berlaku secara drastik akan tetapi memadai seandainya berdikit-dikit.Ujar gadis berbintang Taurus ini, sekian lama disogok peranan gadis kolej, dia mula teringin melakonkan watak yang mampu menyerlahkan kebolehan dirinya...

(GAMBAR) Pertunangan Ana Dahlia Dan Chef Riz

Kalau dilihat zaman sekarang ramai artis yang bertunang macam anak raja. Mengalahkan majlis kenduri kahwin. Bukan saja dikalangan artis malah orang ramai juga melakukannya apabila ingin bertunang. Trend seperti ini sudah mula menjalar dalam kehidupan masyarakat melayu zaman sekarang. Tiada kesederhanaan yang ditunjukkan seperti dituntut dalam agama kita.Namun tidak bagi keluarga Datuk Redzuawan Ismail, atau lebih terkenal dengan panggilan Chef Wan apabila bijak mengatur majlis pertunangan anak lelaki beliau Chef Riz dan Ana Dahlia. Ini baru betul sebuah majlis pertunangan apabila orang lelaki tidak datang menunjukkan muka dan bergambar sana-sini....

Zizan Raja Lawak Digelar Hero di Jepun

Pelawak yang tidak asing lagi di Malaysia ini dan nama nya sering menjadi sebutan ramai iaitu Zizan Raja Lawak telah menerima tawaran kedua untuk berlakon dalam Filem yang dihasilkan di Jepun.Zizan yang sebelum ini telah berlakon dalam filem dari syarikat dari Jepun iaitu Sedic Entertainment kini diminati beberapa Pengarah Filem dari negara matahari terbit tersebut.“Memang mereka ada memberitahu untuk membawa saya berlakon di Jepun lagi selepas ini tetapi semuanya belum mempunyai keputusan." Kata Zizan.Aksi Zizan di dalam filem KL Gangster sememangnya menaikkan nama beliau di dalam dunia lakonannya kerana filem itu menarik minat beberapa pengarah...

Wednesday, October 19, 2011

Zee Avi Homecoming Tour 2011 Live Di Kuala Lumpur, Penang Dan Kuching

Seiring dengan pelancaran album Ghostbird ke seluruh dunia pada 30 Ogos 2011, Zee Avi akur dengan kehendak peminat Malaysia dan kini dia menghadiahkan satu kejutan buat anda iaitu siri jelajah konsert “Zee Avi Homecoming Tour 2011″. Zee Avi Homecoming Tour 2011 ini dibawa khas oleh penganjur, Livescape.Zee Avi akan membuat persembahannya di 3 lokasi iaitu Kuala Lumpur di KL Live, Life Center (17 November 2011), Pulau Pinang (19 November 2011) dan Kuching di Damai Central, Damai Beach (26 November 2011).Zee Avi yang berasal dari Serawak memang menarik untuk diperkatakan dan sememangnya tuah merupakan salah satu aspek dalam penentu kejayaan seseorang...

Senarai Peserta VOKAL Bukan Sekadar Rupa

Program realiti yang menyediakan platform bagi mereka yang mempunyai bakat seni nyanyian tetapi tidak mempunyai pakej artis komersil ini bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam hingga 10.00 malam mulai 16 Oktober 2011. Selepas hampir sepuluh minggu bersiaran, pertandingan akhir VOKAL dijadualkan bakal berlangsung pada 25 Disember di mana hanya seorang finalis yang paling layak sahaja akan dinobatkan sebagai juara VOKAL yang julung kalinya diadakan di Malaysia.Senarai Peserta VOKAL Bukan Sekadar RupaNama Penuh : Fakhrul Nizam FauziNama Panggilan : FakhrulAsal : Ampang,...

Rashidi Ishak Terima Ijazah Dari Universiti Putra Malaysia (UPM)

Pelakon dan suami kepada Vanidah Imran telah berjaya menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi dari UPM baru-baru ini.Rashidi terpaksa mengharungi jangkamasa yang panjang iaitu selama 7 tahun kerana sibuk dengan penggambaran.“Pelbagai rintangan terpaksa saya lalui untuk menghabiskan pengajian ini kerana saya terpaksa tangguh dua semester disebabkan sibuk menjalani penggambaran drama dan filem,” katanyaSebagai seorang artis, Rashidi Ishak ingin membuktikan pada dirinya dan keluarga bahawa dia masih mementingkan pelajaran dan kesibukan tidak menjadi alasan untuk lari dari bidang akademik.“Meskipun saya mempunyai kerjaya tetapi ijazah...

Mamat Lebih Teruk Dari Monyet - Adda

Bekas kekasih Mamat Sepah, Adda, mengutuk Mamat dengan menyifatkannya sebagai tidak sedar diri dan bersikap lebih teruk dari seekor monyet.Adda mengamuk di twitter semalam dengan mengeluarkan kata-kata yang agak kasar terhadap bekas kekasihnya itu dan menganggap Mamat sebagai lupa daratan serta berlagak bagus setelah menjuarai program Maharajalawak anjuran Astro.“Ko ni mmg tak sedar diri lg kn!! Pelik la manusia mcm ko ni..monyet pn tk mcm ko la!!!!“Manusia klu dh kat atas tu mmg mudah lupa diri, setakat ko juara dalam Malaysia, ko tk yah nk brlagak la!! Bkn ko harumkn nama negara pn!!,” kata Adda melepaskan marahnya kepada Mamat semalam.Adda...

Monday, October 17, 2011

Oh In Hye Muncul Dengan Pakaian Yang Seksi

Kehadiran Oh In Hye, 24, di permaidani merah sempena Festival Filem Busan Antarabangsa ke-16 yang berlangsung pada 6 Oktober lalu telah memcetuskan kontroversi di kalangan peminat K-Drama termasuk di Malaysia. Keberanian Oh In Hye yang mengenakan gaun oren mendedah sebahagian dada menjadi tumpuan lensa kamera, sehingga hari ini menjadi subjek utama dalam pelbagai berita termasuk di luar negara. ‘Daring and sexy’ itulah yang dilontarkan kepada Oh In Hye mungkin sedap kedengaran. Namun, Korea Selatan yang juga sebuah negara konservatif tidak mengalukan fesyen yang sedemikian rupa. Ada segelintir respon yang diterima telah membidas On In Hye sebagai...

Mamat Sepah Lari Selepas Dapat Tawaran Lain

Selepas satu masalah, masalah lain pula ditimbulkan oleh Mamat Sepah, sebelum ini beliau mempunyai masalah dengan Adda, kemudian dengan rakan seperjuangan beliau Shuib dan Jepp dan juga kekasih baru Fida yang kini dikatakan telah berpisah kini masalah baru pula yang berlaku berkenaan beliau.Terdapat berita baru yang kurang sedap didengar berkenaan Mamat Sepah yang kini baru sahaja di pinggirkan oleh kumpulan Sepah sendiri. Kini timbul pula berita yang Mamat telah memberi masalah besar kepada krew produksi penggambaran drama komedi kerana beliau lari dari menghadiri pengambaran dan dikatakan ianya berlaku setelah beliau menerima tawaran produksi...

Sepahtu Takkan Terima Mamat Lagi

Kontroversi yang melanda antara ketiga-tiga anggota Juara Maharajalawak, Sepah, masih lagi hangat diperkatakan apabila Jepp dan Shuib tekad untuk tidak lagi menerima Mamat menjadi sebahagian dari anggota kumpulan yang baru ditubuhkan mereka, Sepahtu.Jepp dan Shuib menegaskan bahawa mereka sudah serik dengan pelbagai kontroversi yang ditimbulkan oleh Mamat di mana ia turut menjejaskan nama kumpulan Sepah.“Pun begitu, untuk menerima Mamat semula, rasanya tidak kerana kami tidak mahu dikaitkan dengan kontroversi dirinya,” kata Jepp.“Selama ini saya jaga nama Sepah, tapi disebabkan dia, nama kami terpalit, jadi saya rasa tidak adil. Orang menulis...

Konsert Elton John Di Malaysia November Ini

Legenda muzik dunia, Elton John bakal mengadakan konsert solonya di Malaysia. Konsert solo Elton John ini dibawakan oleh Tune Live selaku promoter, pemenang lima trofi Anugerah Grammy itu bakal membuat persembahan di Arena of Stars, Genting pada 22 November depan.Elton yang akan turut diiringi band pengiring yang mengiringinya selama lebih beberapa tahun, yang terdiri daripada Davey Johnstone, Nigel Olsson, Bob Birch, Kim Bullard dan John Mahon.Malam itu bakal menjadi malam yang paling sukar untuk dilupakan apabila mendengar sendiri alunan lagu-lagu seperti Saturday Night's Allright (for Fighting), Rocket Man, Levon dan Your Song secara langsung...

Sunday, October 16, 2011

Dua Artis Jelita Bergaduh Kerana Gambit Saifullah?

Hanya kerana seorang lelaki, dua artis muda jelita ‘berperang’ sehingga mencetus kontroversi menggemparkan di lapangan dunia hiburan tanahair baru-baru ini.Pengarah video klip kontroversi, Gambit Saifullah, dikatakan menjadi punca perselisihan faham antara pelakon, Julia Ziegler, dan pendatang baru, Sharifah Nurul Sakinah, yang juga merupakan adik kepada pelakon, Sharifah Shahira.Pada awalnya, Sharifah Sakinah yang berkawan rapat dengan Gambit telah didesak oleh pengarah video klip ‘Marilah’ itu untuk bercerita tentang diri Julia dan membuatkan dia membuka mulut mengenai beberapa perkara lama yang kurang enak di dengar.“Saya geram gila sebab...

Erra Fazira Cukup Hebat Untuk Vokal?

Erra Fazira bukanlah seorang penyanyi yang terlalu hebat untuk mengkritik penyanyi baru tetapi pengalamannya beliau diperlukan dalam pertandingan nyanyian terbaru TV3, Vokal minggu pertama yang berlangsung di Shah Alam semalam.Menurut Erra, dia terbabit dalam rancangan yang menilai para pesertanya berdasarkan mutu vokal dan tidak dipengaruhi oleh imej dan saiz badan itu berkata, pemilihannya berdasarkan kepercayaan TV3 terhadap bakat serta kredibilitinya sebagai penyanyi selama lebih 10 tahun.“Saya rasa saya layak untuk mengkitik para peserta dalam rancangan Vokal ini. Ia berdasarkan pengalaman saya sebagai penyanyi. Apatah lagi TV3 juga memberi...

Tiara Jacquelina Diugut Bunuh Gara-gara Batik

Hanya kerana poster teater The Secret Life of Nora, pelakon dan penerbit Tiara Jacquelina dan pelakon Aznil Haji Nawawi menerima ugutan bunuh. Semuanya kerana poster tersebut memaparkan Tiara, pemegang peranan utama sebagai Nora memakai kain batik dan berbaju kebaya di poster tersebut.Pemilik akaun Twitter @ZicosIndo mendakwa pemakaian kain batik dan baju kebaya di poster tersebut sebagai cubaan untuk mencuri salah satu budaya Indonesia.Ugutan tersebut yang diterima menerusi laman Twitter dari pemilik akaun @ZicosIndo berbunyi:Turut menerima ugutan ialah Aznil, pelakon watak Mr.J Heart yang mana berbunyi:“…but why do you claim the indonesian...
Page 1 of 1212345Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons